Friday, December 14, 2012

C.I.N.T.A dalam Diam

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan ...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat sececah rasa, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya?

Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz-Dzariyat: 49)

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. "(QS. An-Nuur: 32)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "(QS. Ar-Ruum: 21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dikelopak mata maka bersabarlah ... berdoalah ... berpuasalah ...

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadist)

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS. Al-Israa ': 32).
Cukup cintai ia dalam diam ...

Bukan kerana membenci hadirnya, tapi menjaga kesuciannya..bukan kerana mengelakkan dunia, tapi meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.


Cukup cintai ia dari kejauhan ...

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.


Cukup cintai ia dengan kesederhanaan ...

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membawa kebahagiaan para syaitan.

Maka cintailah ia dengan keikhlasan Kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati, tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ...?

"... Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita -wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) "(QS.An-Nuur: 26)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan mereput atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar bin Khattab ra.)

C.I.N.T.A Untuk Siapa?

Assalamualaikum... 

 

"Cinta itu cahaya sanubari,
 kurniaan Tuhan untuk insani

Rasa bahagia biarpun sengsara, 
berkorban segala-gala"
 
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis artikel ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku termasuk ibu bapaku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..

Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!

Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku.

Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.

"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."

Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.

Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.

Love For Allah~

Friday, October 5, 2012

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Buatmu wahai jiwa – jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)



Monday, June 4, 2012

Tudung Labuh – Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

 Fatimah Syarha and her husband. Kolumnis Solusi Isu ke 21 yang ceritakan pasal kelebihan bertudung labuh. Manisnya muka dia bertudung labuh! (:    *nak macam ni lah!*



Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.






Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.



Istimewa Bertudung Labuh


Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

 
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.











Tudung labuh pun comel. Pun boleh bergaya. Siapa cakap tak boleh. Yang penting labuh, 
longgar dan tutp aurat (:

Wednesday, May 30, 2012

Pilihanku Hanya yang Beragama

Assalamualaikum....

Dalam sepi ana insan biasa yang lemah berbicara..




Disini ana ingin kongsi apa yang ana rasa dalam usia yang muda ini.Memang dalam usia ini ramai sahabat-sahabat ana telah bernikah dan ada yang mau melangsungkan perkahwinan. Pada masa ini jugalah ana kasiankan ibu bapa ana yang mengharapkan anak ye juga cepat ditemukan jodoh. Memang itu hasrat semua ibu bapa tapi ana sebagai anak akan berusaha untuk itu. Dalam pada masa yang sama ana mahu melanjutkan pelajaran. Diri ana tidak mau terikat dengan sesiapa tapi hati ana begitu lemah, susah untuk menolak perasaan ini. Ini mugkin terjadi disebabkan keadaan sekeliling ana. Ana cuba untuk  menghalang apa yang dirasai dan cuba mendapatkan cinta Allah S.W.T lebih dari segala-galanya.



Menjejaki usia 24 tahun menuntut 1001 kekuatan. Andai tiada mujahadah yang tinggi pasti akan tersungkur di lembah kemaksiatan. Nauzubillah. Tangisan sepi  semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Semuanya kerana ana merasakan sudah tak mampu lagi menjaga hati ini. Terlalu sukar. Semakin dipinta dikikis perasaan itu dari pelupuk hati ini semakin menebal pula perasaan itu datang. Cuba mencari-cari kelemahannya agar hati ini tidak dibuai dalam cinta yang fatamorgana ini. Masih belum mampu. Dalam sepi lantas terpancul bait-bait doa dalam esakan penuh syahdu.

Ya ALLAH aku dah tak mampu menjaga hati ini! ENGKAU hadirkannya di saat aku masih bertatih untuk menyintaiMU..

Benar. Hati yang ALLAH amanahkan ini terasa tak mampu lagi ana jaga. Rasanya sudah terlalu kotor untuk dihinggapi cintaNYA. Walau selalu ana melantunkan ayat-ayat cinta buat RABB namun tetap jua diuji dengan kehadiran sang kumbang yang cuba-cuba menghampiri kelopak mawarku.  ALLAHurabbi.

Bila ALLAH datangkan cinta insan pada kita bermakna ALLAH sedang menguji tahap kecintaan kita padaNYA.

Ana sedar. Sebenarnya ALLAH sedang menduga lafaz-lafaz cinta yang sering ana lantunkan padaNYA setiap kali amanahNYA dilaksanakan. Adakah benar atau dusta semata. Diuju dengan kalam sendiri! Bukan mudah ingin meletakkan cinta kepada ALLAH sepenuhnya. Sering tarbiyahNYA terlebih dahulu datang menduga. Cinta  kepadaNYA bukan sekadar kalam yang meniti dibibir sahaja tapi mesti dibuktikan menerusi tindakan. Love ALLAH is not word but verb. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan untuk menepis segala gelombang cinta palsu.

ALLAH, jangan biarkan aku keseorangan dalam melawan perasaan ini. Aku ingin cintaMU, aku ingin redhaMU. 

Bercintalah selepas kahwin.

Maksud ana di sini bukanlah untuk menidakkan cinta insan kerana hakikatnya cinta itu fitrah. Cinta itu sendiri hadiah dari ALLAH. Dicampakkan ke dalam  hati setiap hamba-hambaNYA. Ana cuma mengharapkan ‘cinta halal’(cinta selepas kahwin). Bukankah  itu lebih indah? Halal untuk dicintai dan dirindui:) Cinta itu sendiri boleh menjadi ibadah hati jika kedua-dua hati yang saling bertaut kerana ALLAH. Cinta dan rindu hanya kerana ALLAH. Tetapi jika cinta itu didasarkan atas nafsu semata maka cinta yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah. Cinta juga boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH bilamana kita meletakkan cinta kepada seseorang melebihi cinta kepada ALLAH, lalu membelakangkan hukum agama kerananya.

Kaulul hukama’: Manusia boleh menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.

Justeru berhati-hatilah ketika hendak memberi cinta. Kalau cinta itu tak bermatlamatkan untuk membina baitul muslim lebih baik jangan berani  mencuba. Bila sudah terjerat pasti sukar untuk melepaskannya. Percayalah! Jika ada sang kumbang cuba merapati, benteng diri dengan perisai malu. Jangan mudah menyerah. Biarlah kita dikatakan ‘jual mahal’ kerana perempuan solehah itu sememangnya mahal harganya kerana dia mendapat permintaan yang tinggi di dunia dan akhirat.  Kalau si rijal itu ingin menjadikan kita sebagai sayap kiri perjuangannya, sepatutunya dia terlebih dahulu memenangi hati ibu bapa kita bukannya kita.

Kalau betul-betul suka datanglah berjumpa dengan ibu bapa. Tapi malangnya tak berani. Kalau begitu kenapa berani untuk bercinta sedangkan masih belum bersedia untuk 
berkahwin?   

Pilihanku hanya yang beragama.

Imam Nawawi pernah berkata: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu tapi jika hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..

Kata-kata yang menjadi azimat buat ana dalam membuat pilihan. Baitul muslim yang hendak didirikan bukan bermatlamatkan nafsu semata. Ianya perlu disempurnakan dengan tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat nanti!

Perkahwinaan dimulakan dengan cinta dan disempurnakan dengan tanggungjawab. 

Kebelakangan ini sering diasak dengan persoalan khitbah dan kahwin. Macam-macam persoalan yang timbul. Sampai tak mampu nak berkata. Hanya mampu tersenyum meraikan soalan daripada sahabat-sahabat :).  Ramai yang menyangka ana sudah khitbah. Terpulanglah. Hakikatnya, ana sendiri masih mengislah diri dan sedang berusaha ‘mensolehahkan diri’ dengan harapan ana akan mendapat si soleh:) Bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Sekarang cuba kurangkan sedikit  agenda MENCARI tapi berusahalah MENJADI kerana hanya jauhari yang kenal manikam. jadi hanya si soleh yang mengenal si solehah.

Telah tercatat jodohmu di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika dirimu berada di jalan yang diredhaiNYA. InshALLAH si dia turut berada di landasan yang sama. Lupakan segala kegundahan hatimu, teguhkan dirimu pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..
Nah, pilihan berada di tangan kita. Kita yang perlu mencorakkan diri kita jika pilihan kita adalah lelaki soleh..^__^


Soleh vs Solehah

Ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah



Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:


“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”


Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”

Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.

Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.

Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.

Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:


“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.”

(Yusuf: 53)

Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.

Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:

“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”

Sabda baginda yang lain:

“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”


Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.

Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.


Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum dicungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaalLah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Maka berdoalah kita selalu semoga diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung. Aminn…


sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/04/22/lelaki-soleh-dan-wanita-solehah/ 

Monday, May 28, 2012

Pemilik CintaKu Setelah Allah & Rasul

Asalamualaikum...

Sahabat-sahabat ana sekalian...
Ini sedikit bingkisan dari ana untuk tatapan sahabatku sekalian.
Buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ini begitu bagus untuk dibaca oleh muslimin dan muslimat yang belum berkahwin apa tah lagi yang dah berkahwin.
Ini sedikit tip dan ringkasan dari apa yang ana baca.Muslimin dan muslimat boleh la membeli buku ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang diceritakan...


~Ringkasan~

Pengisian seorang penulis yang bercerita tentang bagaimana perjalanan seorang gadis yang masih belajar yang mempunyai nilai didkan agama yang tinggi, namun tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dirinya melakukan dosa hanya dengan godaan lelaki2 yang mengatakan menyintainya kerana Allah..namun hatinya kuat mengatakan CINTANYA HANYA PADA ALLAH..itulah prinsip hidupnya selagi mata pena menjadi temannya di gedung ilmu..

Qai’niah diuji dgn pelbagai ujian dan dalam masa yang sama dia juga menerima banyak risikan dari orang tuanya, mujurlah kedua2nya memahami prinsip hidupnya..alhamdulilah, tiba2 ana teringat ibu di kampong..huhu..gadis yang dikatakan menjadi pujaan ramai lelaki kerana elok agamanya, di uji sekali lagi apabila beliau diminta “taaruf” dengan seorang lelaki yang dikatakan oleh pensyarahnya bahawa seorang lelaki yang baik dari segi agama mahupun perilakunya..namun ilmu yang masih dituntut masih belum diselesaikan…”ana sudah ada pilihan” begitu lah helah yang digunakan oleh gadis ini untuk tidak menyakiti hati lelaki berkenaan..

Namun, kehadiran seorang lelaki dalam hidup orang tuanya yang datang bersama pengantara, membuka hatinya untuk mengenali sekiranya memang jodohnya..lelaki itu hadir tepat pada masanya, iaitu selepas dia baru menghabiskan examnya yang akhir, berkemas untuk pulang kekampung, waktu itulah pinangan untuk dirinya sudah menanti oleh lelaki yang dia sendiri tidak kenali, hati berdebar..

Dalam masa bertunang dia melanjutkan pelajaran, bakal suaminya pula meneruskan kerjaya sebagai doctor perubatan di Hospital Kerjaan…apa yang ana lihat didalam kisah hidup gadis ini ialah kesabaran dia menahan cinta manusia, namun hanya nenambakan CINTA ALLAH sepanjang doanya..teringat ana sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu ada seorang guru ana berpesan..

Antara kata2 penulis yang masih dalam ingatan..”kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia, Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?. Bukankah itu pintu zina semata-mata?. Nauzubillah”. Penulis membuatkan ana berazam untuk menjaga CINTA ALLAH ini dengan kemas sehingga ia dibuka oleh insan yang juga menjaga CINTA ALLAH dan menganggap pernikahan sebagai satu ibadah,,

Perjalan cerita ini dihiasi dengan kehidupan berumahtangga yang bahagia apabila tidak saling mangenali terlebih dahulu, hari2 mereka penuh dengan kerinduaan dan mengamalkan ilmu Allah semata-mata. Sikap prihatin dan tanggungjawab suaminya yang didambakan oleh semua perempuan telah dia milikki..ana sangat terkesan dengan jalan ceritanya yang penuh dengan hidup yang dijalani dengan sunah2 Rasullah secara bersama..


~Isi Kandungan~

Bab 1 > Tiada Cinta sebelum Kahwin
            ~Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis
              dugaan cinta lelaki, melainkan pada prinsip yang
              merantai diri~

Bab 2 > Mengikat Janji
             ~Mengikat janji pertunangan tak menghalalkan
               apa-apa. Ia bukan tiket kebebasan untuk
               berdua-duaan. Aku dan
               dirimu tetap masih bukan mahram.~

Bab 3 > Diari Cinta Pengantin baru
              ~Dari lubuk nurani, Syukur buat Ilahi,
                rahmatnya melimpah tak bersepi,
                terjalin mesra dua hati, mendamba cinta
                hakiki, moga kekal ke Firdausi~

Bab 4 > Halakah Cinta Keluarga
             ~Halakah membuka lembaran kekuatan,
               buat hati yang sentiasa perlukan
               peringatan~

Bab 5 > Perencah Bismillah
             ~Air tangan isteri, petua menakluki hati suami~

Bab 6 > Menikmati Cinta Halalmu
             ~"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka
               Allah memasukkan kecintaan
               ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah
               membenci terhadap seorang
               hamba, maka Allah memasukkan kebencian
               ini ke dalam hati para
               malaikat, kemudian memasukkannya pula
               ke dalam hati manusia."~

Bab 7 > Tip memiliki Syurga Dunia
              ~Rumah tangga itu Syurga dunia jika kau bijak
                mencipta kebahagiaanya,
                sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu
                menyebabkan
                kau terbeban melaluinya.~

Bab 8 > Bercinta lagi di Syurga
              ~Kaulah kebahagianku tika di dunia, kau jua
                kebahagianku
                tika disana, Redailah
                diriku menjadi isterimu agar di sana kita dapat
                bertemu, dan bercinta lagi selamanya.~

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)

"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Syangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia.Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada lalaian fitrah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Bahaya cinta sebelum kahwin
* Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik Hidung oleh nafsu.
* Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu Syaitan
   menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-nya.
* Hati akan terseksa dengan barah rindu.
* Rindu palsu akan membelengu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan Syaitan.
* Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
* Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
* Fitrah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
* Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
* Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang
   mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
     Nauzubillah!

Tip menepis cinta Remaja
* Tegas dengan prinsip diri.
* Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
* Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
* Mengekang hawa nafsu.
* Mendekati majlis ilmu.
* Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
* Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Tip memiliki Syurga Dunia di Alam Rumah Tangga
* Menjaga keberkatan.
* Memanjakan pasangan dengan pangilan yang disukai.
* Selalu berkongsi rasa dan cinta.
* Bersegera memenuhi permintaannya.
* Setia mendampinginya.
* Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
* Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
* Menghidupkan salam.
* Menelefon untuk menyatakan rindu.
* Sering mengungkapkan perasaan cinta.
* Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
* Bergurau-senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
* Memuji dan menyanjung.
* Mencipta Syair atau puisi istimewa.
* Saling berkirim e-mel,sms.
* Memberi hadiah.
* Berpisah sementara dan menikmati rindu.
* Membantu pekerjaan rumah tangga.
* Berhias.
* Melayan dengan baik.
* Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
* Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
* Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
* Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
* Mengunjungi kerabat dan sahabat.
* Mengambil berat ketika dia sakit.
* Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
* Disiplin terhadap waktu.
* Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
* Berakhlak baik.
* Berpada dan reda dengan apa yang ada.
* Taat pada pasangan.
* Menunjukkan contoh yang baik.
* Selalu menambah rasa cinta.

NasihatKu BuatMu

Jika kau belum berkahwin, Kejarlah Allah S.W.T sebelum mengejar cinta lelaki. Tnpa reda Allah S.W.T, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah, Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan lelaki yang mudah menyerah.Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka   akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.

Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang di luar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.

Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati agama dan memimpin seisi rumahmu ke arahnya. Moga cintamu berkekalan hinga ke Syurga.

Amin...
Ya RobbaAlamin...

Info Penulis


Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Muslimah yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

Saturday, May 26, 2012

Wanita Solehah Bidadari Dunia

Wanita Solehah Itu Bidadari Dunia 
Sabda Rasulullah s.a.w :
Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. dan Islam mengangkat darjat dan nilai wanita yang solehah. Dengan sifat solehah itu, wanita menjadi mahal dan mulia. Bukan sebarangan harta, tetapi sebaik-baik harta. Dalam kata lain, tidak ternilai. 
Semakin jauh seorang hamba daripada Allah dan Islam, semakin tidak bernilai hamba itu. Semakin dekat seorang hamba itu kepada Allah dan Islam, semakin bernilai dan tinggi darjat hamba itu.
Maka, wanita yang lebih dekat kepada Allah dan Islam, lebih bernilai dan mulia wanita itu.
Wanita yang mahal dan mulia pada pandangan Islam ialah wanita yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaannya pada wang dan harta, tetapi pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya
Kalau diletakkan nilai dirinya pada wang, wang sukar diurus, akan hilang dan habis.
Kalau diletakkan pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya, ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga Allah. InsyaAllah.

Dengan sifat solehah itulah wanita menjadi mulia.
Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.
Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.
Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..
Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
kerna akhir pasti indah.


Isteri Solehah, Penyejuk Mata

Wahai muslimah...
Kalian ingin menjadi bidadari dunia buat suami ?
Ingin menjadi isteri penyejuk mata buat suami tercinta ?
Ingin menjadi seorang wanita yang benar-benar istimewa di hati suami ?
Bagaimana seorang wanita mampu menjadi penyejuk mata, bidadari dunia?
Kalian mampu, dengan menjadi seorang wanita solehah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Tidakkah kamu mahu aku khabarkan sebaik-baik perkara yang dimiliki lelaki?
Ia adalah wanita (isteri) solehah, apabila suami melihatnya, dia menggembirakannya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
 
Berbahagialah muslimah solehah yang mentaati suami dalam lingkungan ketaatan kepada Allah, sebagai buah kecintaan kepada Allah s.w.t.


Friday, May 25, 2012

Adakah Amalan-amalan Khusus di Bulan Rajab?



Keterangan yang muktamad tentang bulan Rajab adalah bahwa bulan itu termasuk bulan-bulan yang dihormati, atau dalam Al-Qur’an disebut sebagai Asyhurul Hurum, yaitu, Muharram, Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab. Dalam bulan-bulan tersebut, Allah Subhanahu Wa Ta’ala melarang peperangan dan ini merupakan tradisi yang sudah ada jauh sebelum turunya syariat Islam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)


Dari para ulama kalangan mazhab Asy Syafi’i, Imam An-Nawawi berkomentar tentang puasa sunnah khusus di bulan Rajab, “Tidak ada keterangan yang tsabit tentang puasa sunnah Rajab, baik berbentuk larangan atau pun kesunnahan. Namun pada dasarnya melakukan puasa hukumnya sunnah (di luar Ramadhan). Dan diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyunnahkan berpuasa di bulan-bulan haram, sedang bulan Rajab termasuk salah satunya.”

Adapun tentang keutamaan bulan Rajab, kebanyakan ulama mengatakan bahwa dasarnya sangat lemah, bahkan boleh dikatakan tidak ada keterangan yang kuat yang mendasarinya dari sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

Sayangnya, entah bagaimana prosesnya, justru sebahagian kaum muslimin berpendapat bahwa bulan Rajab memiliki berbagai keutamaan, sehingga umat Islam dianjurkan untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu agar mereka dapat meraih fadhilah atau keutamaan tersebut. Di-antara contoh-contoh amalan-amalan yang sering dipercaya umat Islam untuk dilakukan pada bulan Rajab adalah:
  1. Mengadakan shalat khusus pada malam pertama bulan Rajab.
  2. Mengadakan shalat khusus pada malam Jum’at minggu pertama bulan.
  3. Shalat khusus pada malam Nisfu Rajab (pertengahan atau tanggal 15 Rajab).
  4. Shalat khusus pada malam 27 Rajab (malam Isra’ dan Mi’raj).
  5. Puasa khusus pada tanggal 1 Rajab.
  6. Puasa khusus hari Kamis minggu pertama bulan Rajab.
  7. Puasa khusus pada hari Nisfu Rajab.
  8. Puasa khusus pada tanggal 27 Rajab.
  9. Puasa pada awal, pertengahan dan akhir bulan Rajab.
  10. Berpuasa khusus sekurang-kurang-nya sehari pada bulan Rajab.
  11. Mengeluarkan zakat khusus pada bulan Rajab.
  12. Umrah khusus di bulan Rajab.
  13. Memperbanyakkan Istighfar khusus pada bulan Rajab.
Akan tetapi, semua pendapat tersebut tidak dapat dipegang, karena kalau kita jujur terhadap sumber-sumber asli agama ini, nyaris tidak satu pun amalan-amalan di atas yang berdasarkan kepada hadis-hadis yang shahih.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu dijelaskan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila memasuki bulan Rajab beliau senantiasa berdo’a:
“Allahumma Baarik Lanaa Fii Rajab Wa Sya’baan Wa Ballighnaa Ramadhan.” (Yaa Allah, Anugerahkanlah kepada kami barokah di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan) (HR. Ahmad dan Bazzar).

Sayangnya hadis ini menurut Ibnu Hajar tidak kuat. Sedangkan hadis-hadis yang lainnya yang berkaitan dengan keutamaan-keutamaan bulan Rajab, tak ada satu pun hadis yang dapat dijadikan hujjah. Misalnya hadits yang bunyinya:

Rajab adalah bulan Allah, Sya`ban adalah bulanku (Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan Ramadhan adalah bulan ummatku.

Hadits ini oleh para muhaddits disebutkan sebagai hadits palsu dan munkar. Dr. Yusuf Al Qaradawi menyebutkan bahwa para muhadditsin telah mengatakan kemungkaran dan kepalsuan hadits ini dalam fatwa kontemporer beliau.

Dalam kitab Iqthidha Shiratil Mustaqim, Ibnu Taimiyah berkata, “Tidak ada satu keterangan pun dari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkaitan dengan keutamaan bulan Rajab, bahkan keumuman hadis yang berkaitan dengan hal tersebut merupakan hadis-hadis palsu.” (Iqthidha Shirathil Mustaqim, 2/624)
Ibnu Hajar Al Asqalani secara khusus telah menulis masalah kedha’ifan dan kemaudhu’an hadits-hadits tentang amalan-amalan di bulan Rajab. Beliau menamakannya: Taudhihul Ajab bi maa Warada fi Fadhli Rajab.“ Di dalamnya beliau menulis, “Tidak ada satu keterangan pun yang menjelaskan keutamaan bulan Rajab, tidak juga berkaitan dengan shaumnya, atau pun berkaitan dengan shalat malam yang dikhususkan pada bulan tersebut. Yang merupakan hadis shahih yang dapat dijadikan hujjah.”

Dengan demikian, sebenarnya tidak ada satu keterangan pun yang dapat dijadikan hujjah yang menunjukkan tentang keutamaan bulan Rajab. Baik itu berkaitan tentang keutamaan shaum di bulan tersebut, shalat pada malam-malam tertentu atau ibadah-ibadah yang lainnya yang khusus di lakukan pada bulan Rajab.