Monday, May 28, 2012

Pemilik CintaKu Setelah Allah & Rasul

Asalamualaikum...

Sahabat-sahabat ana sekalian...
Ini sedikit bingkisan dari ana untuk tatapan sahabatku sekalian.
Buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ini begitu bagus untuk dibaca oleh muslimin dan muslimat yang belum berkahwin apa tah lagi yang dah berkahwin.
Ini sedikit tip dan ringkasan dari apa yang ana baca.Muslimin dan muslimat boleh la membeli buku ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang diceritakan...


~Ringkasan~

Pengisian seorang penulis yang bercerita tentang bagaimana perjalanan seorang gadis yang masih belajar yang mempunyai nilai didkan agama yang tinggi, namun tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dirinya melakukan dosa hanya dengan godaan lelaki2 yang mengatakan menyintainya kerana Allah..namun hatinya kuat mengatakan CINTANYA HANYA PADA ALLAH..itulah prinsip hidupnya selagi mata pena menjadi temannya di gedung ilmu..

Qai’niah diuji dgn pelbagai ujian dan dalam masa yang sama dia juga menerima banyak risikan dari orang tuanya, mujurlah kedua2nya memahami prinsip hidupnya..alhamdulilah, tiba2 ana teringat ibu di kampong..huhu..gadis yang dikatakan menjadi pujaan ramai lelaki kerana elok agamanya, di uji sekali lagi apabila beliau diminta “taaruf” dengan seorang lelaki yang dikatakan oleh pensyarahnya bahawa seorang lelaki yang baik dari segi agama mahupun perilakunya..namun ilmu yang masih dituntut masih belum diselesaikan…”ana sudah ada pilihan” begitu lah helah yang digunakan oleh gadis ini untuk tidak menyakiti hati lelaki berkenaan..

Namun, kehadiran seorang lelaki dalam hidup orang tuanya yang datang bersama pengantara, membuka hatinya untuk mengenali sekiranya memang jodohnya..lelaki itu hadir tepat pada masanya, iaitu selepas dia baru menghabiskan examnya yang akhir, berkemas untuk pulang kekampung, waktu itulah pinangan untuk dirinya sudah menanti oleh lelaki yang dia sendiri tidak kenali, hati berdebar..

Dalam masa bertunang dia melanjutkan pelajaran, bakal suaminya pula meneruskan kerjaya sebagai doctor perubatan di Hospital Kerjaan…apa yang ana lihat didalam kisah hidup gadis ini ialah kesabaran dia menahan cinta manusia, namun hanya nenambakan CINTA ALLAH sepanjang doanya..teringat ana sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu ada seorang guru ana berpesan..

Antara kata2 penulis yang masih dalam ingatan..”kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia, Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?. Bukankah itu pintu zina semata-mata?. Nauzubillah”. Penulis membuatkan ana berazam untuk menjaga CINTA ALLAH ini dengan kemas sehingga ia dibuka oleh insan yang juga menjaga CINTA ALLAH dan menganggap pernikahan sebagai satu ibadah,,

Perjalan cerita ini dihiasi dengan kehidupan berumahtangga yang bahagia apabila tidak saling mangenali terlebih dahulu, hari2 mereka penuh dengan kerinduaan dan mengamalkan ilmu Allah semata-mata. Sikap prihatin dan tanggungjawab suaminya yang didambakan oleh semua perempuan telah dia milikki..ana sangat terkesan dengan jalan ceritanya yang penuh dengan hidup yang dijalani dengan sunah2 Rasullah secara bersama..


~Isi Kandungan~

Bab 1 > Tiada Cinta sebelum Kahwin
            ~Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis
              dugaan cinta lelaki, melainkan pada prinsip yang
              merantai diri~

Bab 2 > Mengikat Janji
             ~Mengikat janji pertunangan tak menghalalkan
               apa-apa. Ia bukan tiket kebebasan untuk
               berdua-duaan. Aku dan
               dirimu tetap masih bukan mahram.~

Bab 3 > Diari Cinta Pengantin baru
              ~Dari lubuk nurani, Syukur buat Ilahi,
                rahmatnya melimpah tak bersepi,
                terjalin mesra dua hati, mendamba cinta
                hakiki, moga kekal ke Firdausi~

Bab 4 > Halakah Cinta Keluarga
             ~Halakah membuka lembaran kekuatan,
               buat hati yang sentiasa perlukan
               peringatan~

Bab 5 > Perencah Bismillah
             ~Air tangan isteri, petua menakluki hati suami~

Bab 6 > Menikmati Cinta Halalmu
             ~"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka
               Allah memasukkan kecintaan
               ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah
               membenci terhadap seorang
               hamba, maka Allah memasukkan kebencian
               ini ke dalam hati para
               malaikat, kemudian memasukkannya pula
               ke dalam hati manusia."~

Bab 7 > Tip memiliki Syurga Dunia
              ~Rumah tangga itu Syurga dunia jika kau bijak
                mencipta kebahagiaanya,
                sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu
                menyebabkan
                kau terbeban melaluinya.~

Bab 8 > Bercinta lagi di Syurga
              ~Kaulah kebahagianku tika di dunia, kau jua
                kebahagianku
                tika disana, Redailah
                diriku menjadi isterimu agar di sana kita dapat
                bertemu, dan bercinta lagi selamanya.~

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)

"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Syangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia.Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada lalaian fitrah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Bahaya cinta sebelum kahwin
* Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik Hidung oleh nafsu.
* Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu Syaitan
   menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-nya.
* Hati akan terseksa dengan barah rindu.
* Rindu palsu akan membelengu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan Syaitan.
* Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
* Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
* Fitrah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
* Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
* Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang
   mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
     Nauzubillah!

Tip menepis cinta Remaja
* Tegas dengan prinsip diri.
* Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
* Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
* Mengekang hawa nafsu.
* Mendekati majlis ilmu.
* Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
* Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Tip memiliki Syurga Dunia di Alam Rumah Tangga
* Menjaga keberkatan.
* Memanjakan pasangan dengan pangilan yang disukai.
* Selalu berkongsi rasa dan cinta.
* Bersegera memenuhi permintaannya.
* Setia mendampinginya.
* Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
* Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
* Menghidupkan salam.
* Menelefon untuk menyatakan rindu.
* Sering mengungkapkan perasaan cinta.
* Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
* Bergurau-senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
* Memuji dan menyanjung.
* Mencipta Syair atau puisi istimewa.
* Saling berkirim e-mel,sms.
* Memberi hadiah.
* Berpisah sementara dan menikmati rindu.
* Membantu pekerjaan rumah tangga.
* Berhias.
* Melayan dengan baik.
* Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
* Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
* Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
* Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
* Mengunjungi kerabat dan sahabat.
* Mengambil berat ketika dia sakit.
* Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
* Disiplin terhadap waktu.
* Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
* Berakhlak baik.
* Berpada dan reda dengan apa yang ada.
* Taat pada pasangan.
* Menunjukkan contoh yang baik.
* Selalu menambah rasa cinta.

NasihatKu BuatMu

Jika kau belum berkahwin, Kejarlah Allah S.W.T sebelum mengejar cinta lelaki. Tnpa reda Allah S.W.T, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah, Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan lelaki yang mudah menyerah.Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka   akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.

Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang di luar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.

Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati agama dan memimpin seisi rumahmu ke arahnya. Moga cintamu berkekalan hinga ke Syurga.

Amin...
Ya RobbaAlamin...

Info Penulis


Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Muslimah yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

No comments:

Post a Comment