Monday, March 26, 2012

~Tidur~

SUNNAH SEBELUM TIDUR : TIDUR DALAM KEADAAN BERWUDUK.
"Siapa tidur dalam keadaan berwuduk (suci) dalam kemul yang suci, maka ia bermalam dengan malaikat dalam kemulnya, maka tiada bangun di waktu malam melainkan malaikat itu berdoa: Ya Allah ampunkan hamba-Mu si Fulan ini, kerana ia tidur dalam keadaan suci" (Al-Hadis)
 
SUNNAH TIDUR : TIDUR CARA NABI SAW.
 
 
1- Bentangkan tempat tidur sendiri. (Muslim)

2- Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur. (Misykat)

3- Gunakan bantal untuk meletakkan kepala atasnya. (Muslim)

4- Bantal Rasulullah Saw dibuat daripada kulit dan diisikan dengan daun tamar. (Nashrut Tib)

5- Rasulullah Saw melarang tidur bertiarap. (Tirmizi)

6- Tidur di sebelah kanan dengan menghadap ke arah kiblat. (Bukhari)

7- Tidur dengan tangan kanan di bawah kepala dan dengan kedua lutut dibengkokkan. (seperti di dalam gambar) (Bukhari)

8- Letakkanlah tikar sembahyang untuk Tahajjud di sisi kepala sebelum tidur. (Nasaa'i)

9- Tidur dengan niat untuk bangun Tahajjud. (Nasaa'i)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) 
 
DILARANG TIDUR MENIARAP.

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam,
 
 

No comments:

Post a Comment