“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan
ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh
Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi
ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai
wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya
sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku
guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan.
Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’,
aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan
yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya
adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku
pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu
ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila
anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada
wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu
yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di
kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam
Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak
apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar
atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di
syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat.
Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi
ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan
suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu
dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak
ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa
suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga
kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang
penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.
Maka apabila Ketua
Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang
lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita
dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan
beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka
cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.
Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak
ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan?
Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga;
anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa
seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga
Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari
syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka
penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka
mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka
seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah
kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak
takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai
nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba,
yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka
yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah
`uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak
kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya
mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang
diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua,
tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Baiklah. Anda dah nampak, cara
untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan
sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak
‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para
Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh,
sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada
seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm.
Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan
bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.Saya beritahu lagi; Ahli
syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa
“tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur,
tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun
dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun?
Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa
bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya
bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!”
..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith
yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga.
Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala
nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun
ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang
bersifat Al-Jamiil.
Dan di
‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’
yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta
benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu
apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik
perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana
ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana
terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat
anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak
tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka
di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua
yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping
di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”).
Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda
kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda
yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru,
anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada
ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak
tanya camni..Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith
lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat
lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling
tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling
tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat
seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak.
Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad
(batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat
lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan
tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang
terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman
tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di
dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani
qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda
betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun
hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah
untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun
amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat
dipelajarinya.
Maka sekiranya
kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari
tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang
perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang
(di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada
bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah
tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih
mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun
diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan
barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih
mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit
tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang
kemas yang ada di Pasar Syurga tu.Ketika itu jika anda ternampak handbag
LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya
macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air
je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni
syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan
real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan
mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang
anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan
barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat
ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’
terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di
pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu
rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda
terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan
bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak
nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun
nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.
Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design
terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang
shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf
hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih
menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping
bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda
dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi
memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin
dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
—
P. S : Dah la..tak payah risau.
Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki
dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di
syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu
salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!=)
Amin...^___^
Salam..
entry ini saya kutip dari laman Facebook seseorang.. bg saya, kalau
dapat masuk syurga pun satu kenikmatan yg xterhingga, takut memikirkan
azab neraka hingga tak mampu mengangankan syurga. tidak terfikir lg
smpai benci pada bidadari syurga.. kerana sesungguhnya mereka hanya
mengikut perintah Allah. jgn asyik mengangankan keindahan syurga,
sebaliknya mari mengejar keredhaan Allah. sbb kerana Dia kita beramal
ibadah, bkn kerana syurga.. smoga kita terlepas dari api neraka dan dpt
menikmati SyurgaMu ya Allah~
~amin~
No comments:
Post a Comment