seutas
benang yang putus tak mungkin dapat di sambung sekiranya benang itu
bersimpul. Andai hidup ini sering diduga dengan musibah mahupun dugaan
ianya harus dilalui dengan redha dan syukur. Sekiranya kita berputus
asa, maknanya kita sama seperti benang yang bersimpul.. Benang yang
putus boleh disambung kembali namun ketabahan dan pengorbanan menjadi
pintu menuju kejayaan.
kehidupan
ini harus diuji.Setiap ujian menjadikan kita lebih bertanggujawab,
berfikiran matang dan terbuka. Suatu masa kita akan melalui saat,
dimana kita akan sentiasa diperhati orang sekeliling. Kita juga akan di
jadikan contoh antara yang baik atau tidak. Bergantung pada usaha dan
kerja yang kita lakukan. Kehidupan ini memang memerlukan antara satu
sama lain.Manusia itu akan tergantung bila hati tidak serasi. Hakikat
dalam meniti hidup ini umpama lilin.
Pernahkah
kita terfikir akan sifat semulajadi manusia. Manusia dilahirkan dari
hanya segumpal darah lalu dijadikan tulang belulang dan tulang belulang
itu di selaputi isi,.lalu terjadilah kita manusia. Roh ditiupkan keatas
kita Sedar atau tidak Roh itu telah bersemadi besama jasad kita. Hanya
kematian yang akan memisahkannya. Manusia dilahirkan dengan tanggunjawab
yang berat tetapi kebanyakkan manusia itu tidak sedar akan hakikat
kehidupan.
Manusia
yang rugi ialah manusia yang gagal dalam mengejar amal baiknya didunia.
Ianya ibarat lilin membakar diri. Terlalu cinta kan dunia dan selalu
leka menyebab diri jauh terpesong dari jalan sebenarnya. Agama mengajar
kita supaya berbuat baik dan melakukan amal yang baik. Tiada agama yang
mengajar manusia berbuat jahat tetapi pegangan agama itu sendiri yang
berbeza. Percaya atau tidak ilmu itu tidak turun sekira tiada baginya
untuk dimanafaatkan. Bagi kita yang beragama islam sering saja terlupa
dan memperlekeh-lekehkan soal agama.
Sedar
atau tidak ramai antara kita sanggup berpaling dengan ajaran islam dan
melanggar syariat islam. Cintakan nafsu, kecantikan dan kekayaan
menjadikan diri buta dalam menilai kebaikan didunia. Manusia yang
sebegini akan menajadi bahan bakaran diakhirat. Bukan di akhirat sahaja
begitu, malah di dunia menjadi lilin yang membakar diri sendiri untuk
menerangi cita-cita yang diimpikan. Rugilah nilai kehidupan ini dan
sia-sialah segala-galanya.
Jangan menjadi buta dalam celik. dan jangan berpura berani kalau tak
tau apa akibatnya. Ingati Dunia kerana kejar akhirat, nescaya lilin
kehidupan tidak akan berlaku.
No comments:
Post a Comment